Thursday, March 1, 2012

Aku dan Suatu Kelahiran Itu


10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================
(Feel free to LIKE, SHARE & TAG ♥ )

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Aku dan Suatu Kelahiran Itu
Dedikasi buat ibu-ibu dan bakal ibu (Rujuk fakta 7-10 di atas)

Ya Allah..
Aku impikan untuk menjadi mujahidah bagi agamaMu
Namun terlau berat bagiku untuk menggalas senjata duniawi untuk memerangi musuh agamaMu
Lantas Kau beriku peluang bergelar mujahidah dengan menjadikan aku seorang ibu


Ya Robbi...
Terlalu banyak dosaku yang lampau Ya Aziz
Tak terpikul bahuku untuk menanggungnya
Malu aku tatkala sujud padaMu memohon ampun atas segala dosa-dosa itu
Lantas kau lahirkan dari rahimku seorang zuriat
dan kau hapuskan dosa-dosaku yang lewat

Ya Rahman..
Sesungguhnya solatku dan puasaku hanya untukMu Robbi
Tapi aku risau sekhusyuk mana solatku
sesempurna mana puasaku yang ku hadiahkan buatMu
Mungkin tidak cukup untuk aku melayakkan diri ke FirdausMu
Lantas Kau janjikan ganjaran 70 tahun solat dan puasa bagi ibu-ibu yang bersalin

Ya Rahim...
Aku mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke bumi di mana lahirnya para Anbiya'
Untuk menatap sendiri Kaabah yang menjadi kiblatku saban waktu solat itu
Namun aku tidak pasti kapan akan ketemu ruang dan peluang itu
Lantas biar tanpa perlu aku ke sana kau hadiahkan bagiku pahala Haji
Dan semua itu kerana kau meredhakan suatu kelahiran
Seorang insan dari rahimku ini


Dan
Sesungguhnya aku lah insan itu
Yang sangat bersyukur kerana
Kau telah mentakdirkan aku menjadi seorang ibu
yang berjihad DemiMu untuk
Suatu Kelahiran