Wednesday, March 12, 2008

Tersebutlah kisah...

Arakian...

Tersebutlah kisah... di suatu hari..13.03.2008. tepat jam 12mlm. setelah sekian lama suatu perkara yg terpendam dan tersembunyi.. lama dihajati..baru kini kecapaian..

apo ko bondonyo? ni hah.. aku ni dah lama berniat nak buat blog macam kawan-kawan yg lain. tapi belum bkesempatan.. belum ada rezeki.. tiba-tiba mlm ni peluang tu tiba-tiba je ada depan mata.. walaupun dalam keadaaan perut sakit..ku tahan jua.. dlm keadaan nak terkucil pun ada..ku tahan jua.. sebab takut peluang yg ada depan mata melopeh laie..

maka sejarah pun tercipta... ni la first time aku mengarang utk blog aku.. ada ke orang nak baca.. lantakla kalau takde pun. biar aku baca sendiri jd SS.. syok sendiri.. @ syok sorg pun boleh..huhuhu..

Tiba-tiba seperkara lagi terpercik di minda..apa gaya bahasa yang perlu aku guna nak menulis kat blog ni? baru aku terperasan sedari tadi aku guna ejaan macam kat SMS. Boleh ke? aku pun gi merujuk ke blog sahabat aku si uda kat iraudzah.blodspot.com. alamak uda tulis penuhla semua perkataan-perkataan dia..risau pulak aku. aku pun edit balik ejaan-ejaan aku kat atas tadi. dah lama tak menulis.. setakat tulis SMS je la tiap-tiap hari..

alamak. hubby aku dah balik la pulak..seganla pelak aku nak menulis time dia ada..almaklumlah dia penulis yang lebih hebat dari aku..nampaknya terpaksala aku mengundur diri..nampak gaya ringkas je la first posting aku.. apa isi penting nya? macam ketandusan isi je.. takpe la yang penting sekadar memaklumkan yang kini aku dah mula di alam blog ni.. ahlan wa sahlan kepada diri aku sendiri..

salam..