Kenapalah agaknya setelah terjaga jam11 lebih tadi tiba-tiba aku mengalami kesukaran untuk tidur semula?
mungkinkah kerana panas? atau jiwa sedang kacau?
walhal aku pasti tubuhku ini sedang kepenatan.
Arakian balik sekolah pun sudah lewat petang tadi kerana sibuk mencangkul tanah orang (bak kata K.jalilahwati Jalil).
Ada latihan nasyid di sekolah. Bukan.. aku bukan seorang ustazah yang mengajar Pend. Agama Islam. Sekadar seorang guru yang ingin berkongsi sekelumit ilmu yang ada dalam bidang nasyid ni, biarpun ilmunya tak seberapa. dah nak buat macamana? mereka yang sepatutnya lebih arif tidak peduli.
Pulang dari latihan aku tidak terus pulang ke rumah. singgah sebentar ke rumah K.Shereen untuk ambil stok tudung untuk dijual. Bukan..aku bukan seorang ahli perniagaan. Sekadar seorang guru yang ingin mencari nafkah sampingan kerana adik-adik masih ramai yang bersekolah dan perlu bantuan (serta kakak, abang & adik-adik lain yang sudah bekerja tapi masih perlu bantuan kewangan).
Aku pasti tubuhku sedang kepenatan.
Arakian sesampainya aku di rumah aku sibuk mengerah kederat yang tak seberapa untuk mengemas rumah yang kelihatan porak peranda di mata.
Kalau hari-hari lain mungkin aku biarkan sahaja keadaan rumahku sebegitu. Tapi hari ni rumahku menantikan kehadiran tetamu. mak mertua, ayah mertua, abang ipar, adik ipar dan anak saudara nak kunjung tiba. Tak sanggup rasanya andai kubiarkan rumah ku sedemikan rupa.
Kenapa?
Arakian Nabi mengajar layanlah tetamu umpama raja. Betahkah raja melihat persekitaran yang porak poranda? aku bukan lagi muslimah sejati.. tapi aku cuba..
Arakian aku mengimpikan status isteri yang baik. Mana nak letak muka kalau rumah porak peranda. Siapa yang malu? akak jugak... mungkin aku bukan lagi isteri yang baik.. tapi aku cuba..
Aku pasti tubuhku kepenatan..
Tapi apakah mungkin jiwa dan mindaku juga kepenatan?
Terlalu berserabut minda ini. arakian mata sukar untuk lelap. pemikiran bercabang dari satu pemikiran kepada pemikiran yang lain. terlalu berserabut.
ku bisikkan pada diri zikir mengingati Yang Esa. sebagai usaha agar mata kembali lena. Tapi baby di kandungan pula mengeliat bergolek mungkin kerana lapar melanda arakian tadinya makan tak seberapa.
Akhirnya komputer menjadi peneman sunyi di malam hari atau lebih tepat di ambang pagi. Ku layari internet mencari lirik nasyid "Dia kekasih Allah". Ku langsaikan sekelumit hutang dari jumlah sebenar yang menggunung. Ku jejaki berita terkini sahabat di "mukabuku" lantas mebawa aku ke sini. Meluahkan rasa hati.
Aku pasti tubuhku kepenatan. Jiwa dan minda juga lesu dan kacau. Biarla. ku usahakan lagi agar mata ini kembali lelap.
Selamat pagi. (2.27am)
1 comment:
huhu teacher...masih buyung ke masa tuu....hahaha...!@@!________~ afif aziz..
Post a Comment