Wednesday, July 10, 2013

dari satu jadi dua..dari dua kini tiga..

Saat blog ini dilahirkan..masa tu saya baru ada seorang cahayamata..Yang itulah racun yang itulah penawar..
 (Muhammad Firas Faiq)

Bila dah tambah menjadi dua..saya perbaharui layout blog ni..tambah gmbar..tukar warna tema..

(Nur Irish Irdina)

Kini rumahtangga dicerikan dengan kehadiran cahayamata yang ketiga..setelah setahun blog ni terbiar sepi baru hari ini berkesempatan membuat posting baharu..




(Muhammad Niyaz Naufal)

Sekarang ibu dah ada 3 cahayamata yang menjadi penyeri hidup ibu dan ayah..kalian lah racun kalian lah penawar..






























Ibu Sayang Kalian semua

Including you my dear Hubby..
 
 ( Ibu dan Ayah)

Mati Hidup Semula

Alkisah..
Sudah sekian lama blog ini terkubur mati..
ditinggal sendiri terbiar sepi..
Tiada pengisian tidak diziarahi..


Arakian..
Terpanggil aku sekali lagi
Melenggang jari jemari..
Menghidupkan semula yang telah mati


Bukan..aku bukan tuhan
sekadar seorang insan
yang kerdil lagi bosan

Lantas mencari ilham
menyusun kata gurindam
biar sepi terpadam

ingin terbit ceria semula
biar yang elok jadi terbiasa
membuat catatan buat semua

biar tiada yang datang menjengah
mungkin sendiri menitip madah
asal bahagia tiada gundah

yang tahu hanya aku dan tuhan
Siapa mengapa bagaimana jadi soalan
lahirnya Alkisah Arakian..

Friday, July 20, 2012

That Moment

today
he isn't here with me
by my side
he is away for a very short while
very short indeed
but
i ridiculously long his companionship
tears accompanied me through the night
early this morning
time rewinded
back to the moment
i first met him
i reminisced that moment
the uncontrollable fast hear-beating
the feeling of nervousness
the uncertainty of acceptance
afraid what looks might affect my feelings
afraid to look straight to where he might appear
the street
whichever way
i turned
and focused to the mirror that once was behind me and then
i was restlessly focusing on the mirror reflection
hoping to see him in that reflection
instead of straight in the eyes
the feeling of defiance
hoping that reflection will help deny any unwanted feelings
but mind over matters
and was amazingly proven
the deepest feelings
crafted inside my heart for him
has defeated whatever eyes might not favor

Thursday, March 1, 2012

Aku dan Suatu Kelahiran Itu


10 FAKTA MENARIK TENTANG KELAHIRAN
===========================
(Feel free to LIKE, SHARE & TAG ♥ )

1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.



Aku dan Suatu Kelahiran Itu
Dedikasi buat ibu-ibu dan bakal ibu (Rujuk fakta 7-10 di atas)

Ya Allah..
Aku impikan untuk menjadi mujahidah bagi agamaMu
Namun terlau berat bagiku untuk menggalas senjata duniawi untuk memerangi musuh agamaMu
Lantas Kau beriku peluang bergelar mujahidah dengan menjadikan aku seorang ibu


Ya Robbi...
Terlalu banyak dosaku yang lampau Ya Aziz
Tak terpikul bahuku untuk menanggungnya
Malu aku tatkala sujud padaMu memohon ampun atas segala dosa-dosa itu
Lantas kau lahirkan dari rahimku seorang zuriat
dan kau hapuskan dosa-dosaku yang lewat

Ya Rahman..
Sesungguhnya solatku dan puasaku hanya untukMu Robbi
Tapi aku risau sekhusyuk mana solatku
sesempurna mana puasaku yang ku hadiahkan buatMu
Mungkin tidak cukup untuk aku melayakkan diri ke FirdausMu
Lantas Kau janjikan ganjaran 70 tahun solat dan puasa bagi ibu-ibu yang bersalin

Ya Rahim...
Aku mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke bumi di mana lahirnya para Anbiya'
Untuk menatap sendiri Kaabah yang menjadi kiblatku saban waktu solat itu
Namun aku tidak pasti kapan akan ketemu ruang dan peluang itu
Lantas biar tanpa perlu aku ke sana kau hadiahkan bagiku pahala Haji
Dan semua itu kerana kau meredhakan suatu kelahiran
Seorang insan dari rahimku ini


Dan
Sesungguhnya aku lah insan itu
Yang sangat bersyukur kerana
Kau telah mentakdirkan aku menjadi seorang ibu
yang berjihad DemiMu untuk
Suatu Kelahiran





Thursday, February 16, 2012

Alkisah..Pelik dgn diri sendiri..


Alkisah..Pelik dgn diri sendiri..


Td wat permintaan to my beloved hubby Fazri Mohd minta tlg belikan tauhu sumbat kt psr mlm
Pulang je hubby tgk mkanan yg dijinjing diletakkan di dapur pantas mata melilau mencari smbil mulut bersuara, bang tauhu sumbat ada tak? belum sempat soalan dijawap mata sudah menjumpai apa yg dicari. Lantas automatik terukir senyuman lebar di bibir. Di luar sedar tu.. perlakuan refleks..Lantas terdetik di hati..pelik ni.. sbbnya mmg jarang mkn tauhu sumbat sekali sekala je setahun sekali pun tak juga. Dalam masih berfikir2 tu tangan tu laju je melantak si tahu sumbat tu..sekejap je dua tahu lenyap dibaham..hehehe..bahaya sungguh..ini ke namanya mengidam?? gembira sungguh sbb dpt..berbunga hati..tp terfikir klu tak dpt mcmana?? akan bersedih ke hati?? Malas layan..




Harap sangat tak terkena sindrom mengidam2 ni..ni pun bukan kehamilan pertama..yang keempat sudah..Masa hamilkan abg sulung Muhammad Firas Faiq ada juga berasa nak makan ketam..Tp tu pun masa dah sarat sbb sebelum tu alahan teruk tak blh mkn apa2 pun..Tp mmg selama ni tak pernah anggap perkara tu sbgi mengidam..fikir sekadar nak makan..jd kalau tak dapat pun takpelah..takdelah ralat sgt kan..Masa hamilkan Iman (yg kedua) tak smpt nak bersa nak mkn apa2 pun lagi kot sbb Iman dijemput kembali ke sisi Penciptanya Yg Maha Esa Allahurobbi belum sempat lama di rahim ibu...Masa hamilkan yang ke3 si Nur Irish Irdina sibuk nak makan kek Secret Recipe..keluar hospital (HSNZ ) je terus g SR siap tag kt tgn pun tak buang lagi..heheheh

Sekadar muhasabah diri je..

apapun, thanks suami tercinta kerana melayan kerenah ibu buyung ni..almaklumlah dah start dah sindrom bermanja masa hamil sbb dah start dah rasa tak larat..cepat letih mual dan sebagainya... Aishiteru

Saturday, January 14, 2012

Alkisah Ceritera "Sunat"

Salam,
Baharu sahaja tadi terbaca status mukabuku ibu saudara yang juga merupakan seorang pengetua di selatan tanahair. Tertarik kerana aku juga turut menghadapi situasi sama tahun lalu menyebabkan aku menulis satu komen yang panjang berjela di statusnya. Lantas akhirnya membawa aku ke sini untuk berkongsi cerita tentang itu..




Tahun lepas, ketika kisah ini baharu sahaja berlaku, aku lantas menceritakannya pada salah seorang sahabat seperguruan. Sedang dikala itu ada seorang guru lelaki lain turut memasang telinga, lantas berkata dalam dialek terengganu "oloh azizah, mende dalam seluor gitu pun ye nok care" yang bermaksud: alah azizah, benda dalam seluar macam tu pun nak ambil tahu.

Sebenarnya bukan masalah sunat tu yang menjadikan aku berminat ke pljr ini. Bukan hal kemaluan dia yang ingin aku ambil tahu.

Yang pertamanya: aku ingin dia faham kepentingan tuntutan agama. kenapa perlunya bersunat. Atas sebab kebersihan dan bersabit kepada bab ibadah iatu solat dia nantinya. (Secara ringkasnya)

Yang keduanya: Pelajar itu merupakan seorg pelajar yang kecil sahaja tubuhnya. baik perwatakannya. tak banyak bercakap. lebih banyak senyum sahaja walaupun diperli rakan kerana belum bersunat. Jadi niatku, ingin aku tingkatkan tahap keyakinan dirinya. Sengaja aku cabar dia dan minta dia berjanji untuk bersunat lebih sebagai galakkan dan motivasi sebenarnya.

Yang ketiganya: Aku berhajat untuk merubah persepsi pljr (org) terhadap sesuatu perkara yang dianggap negatif supaya melihatnya dari perpesktif yang lebih positif. Ketika aku meminta pljr itu untuk berjanji supaya bersunat ketika itu hanya di kalangan pljr lelaki sahaja yang tahu. Kebanyakkan mentertawakan pljr itu, memerli dan mengejek merupakan satu lumrah bagi remaja seusia mereka. Tetapi perkara itu kini menjadi satu kisah yang berkahir dengan cerita kejayan dan kebanggan kerana dalam kelas minggu lepas semua rakan-rakan pljr itu sama-sama bertepuk tangan sebagai satu ucapan tahniah buat dia yang akhirnya berjaya mengatasi ketakutan dan memberanikan diri untuk bersunat.

It really is a small thing for some, but for me a small thing actually leads to many important things that might be invisible for some but if u look closely and if u care enough who knows it might enormously give an impact to someone. As i've read before in one of  those many series of "Chicken Soup For The Souls" that a small pat behind someone's back might safe him/her or change his/her future. Especially if that pat was given full of love and care.




Biarlah orang nak kata saya ni kepohci ke penyibuk ke but actually i do what i do because i care, deeply. Hopefully everyone will look at things positively. Whether the glass is half empty or half full, it is up to u to judge it.

Yang Penting aku buat ikhlas:

 LIllahi Taala

Friday, January 13, 2012

Tahun Baru...

Salam,

Kehadiran tahun baru mendetikkan satu hajat di hati ini untuk cuba mendedikasikan sedikit ruang masa bagi mencoretkan lebih banyak catatan di blog yang sering dibiar sepi saban tahun ini.

Iri rasanya melihatkan sahabat-sahabat lain yang berjaya menghasilkan blog yang meriah. bkn sahaja meriah dari segi dekorasinya malah isi kandungannya..

Aku sering didatangi niat dan idea untuk menulis dan mencoretkan rasa hati di blog ni, tapi sering jua nawaitu dibantutkan oleh pelbagai aral yang datang melintang. Bila dilihat kembali banyak juga post yang terbengkalai di  ruangan "draft" tak sempat diterbitkan ( "publish").

Banyak juga foto-foto yang kuambil dengan niat untuk dipaparkan di ruangan ini tapi hajat tidak kesampaian.

Januari sudah hampir masuk separuh perjalanan menuju ke penghujungnya, dari awal januari sehingga hari ini 13 Januari 2012, telah beberapa kali ku tukar layout, template, background dan mcm-mcm2 lagi latar blog ni dgn niat utk "rebranding" blog ni. kononnya kemunculan semula. Tapi tetap tiada yang benar-benar memuaskan hati. Asalnya nak yg ceria menggambarkan diriku kononnya tapi tak berjaya, ingin ku gubah sesuatu yang kuminati bertemakan warna kegemaran ku unggu, tidak kesampaian, telah ku cuba yg merah menyala digandingkan dgn hitam, tahan seminggu, ku tukar semula.Akhirnya aku berhenti and settled down with this blue green theme kerana nampak tenang sbb dah serabut cuba mcm2.

Terkadang terdetik jua, untuk apa meluangkan masa untuk menulis sedangkan tiada khalayak yang akan membaca. Tapi kepuasan diri yang dicari. catatan lebih untuk kepuasan diri dan sbgi sumber rujukan untuk diri sendiri.



Entahla... Begitulah alkisahnya..Arakian, aku berdoa dan berharap agar akan berpeluang untuk meluangkan lbh bnyk masa mencoretkan sesuatu dan memeriahkan ruangan yang akhir menjadi tatapan mataku sendiri ni..

Friday, October 21, 2011

Nenas Batu dan manfaatnya

Salam,

Sudah sekian lama tidak ku berpleuang untuk meluangkan waktu menulis berkongsi cerita di ruangan yg hanya aku sahaja akhirnya yang membaca ni...ahhahaha. Hari ni tiba-tiba terpanggil untuk berkongsi ilmu alam, hasil carian demi untuk sahabat yang memerlukan ilmu tersebut..termasuk buat adik iparku yg sedang menghidapi sakit batu karang di buah pinggang..

Antara hobiku yang beribu (ye ke ribu..tp mmg aku ada bnyk hobi), ialah bercucuk tanam. Aku suka menyemai dr sekecil2 anak benih atau keratan, kemudian melihatnya membesar dan akhirnyan membuahkan hasil dlm bentuk bunga-bungaan yang indah dipandang, menyamankan mata yang memandang, ataupun membuahkan hasil yang boleh dimakan, menjadi kudapan di kala lapang.

Antara pepokok yang ada di laman rumahku ialah pokok nenas batu. Nama Botani : Tidak diperolehi.

foto nenas batu yg diambil di lmn rumahku

Nenas batu dipercayai berasal dari timur tengah. Pokok nenas batu hampir sama dengan nenas biasa tetapi daunnya lebih kecil dan tirus. Pokoknya juga jauh lebih kecil daripada nenas biasa. Buah nenas batu mempunyai ciri dan bentuk yang serupa dengan nenas biasa cuma ia bersaiz kecil dan bertangkai panjang.

Kegunaan


Nenas batu boleh menolong mengecutkan rahim bagi wanita lepas bersalin dengan cara mengamalkan pengambilan seminggu sekali. Ia juga berfungsi sebagai perancang keluarga iaitu dengan cara meminum air rendaman buah nenas batu selama tempoh ingin menjarakkan kelahiran anak. Buah nenas batu boleh membantu untuk melawaskan kencing, melancarkan pembuangan angin. Ia juga dipercayai dapat menghancurkan batu karang bagi penghidap penyakit batu karang.


Untuk mendapatkan khasiat nenas batu ini kita hendak membasuh buah tersebut sehingga bersih, kemudian rendam ke dalam jag yang berisi air panas. Biarkan selama satu jam sehingga buah nenas batu itu tenggelam. Setelah buah tersebut tenggelam, keluarkannya dari jag dan minum air rendaman buah tersebut. Air rendaman tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari. Nenas batu yang telah direndam tadi boleh digunakan semula dengan menjemurnya sehingga kering di bawah sinaran cahaya matahari. Kelopak buah nenas batu yang kering akan tertutup bila direndam dan berkembang apabila dijemur. Sekiranya kelopak buah nenas batu sudah tidak mampu berkembang apabila dijemur, menandakan khasiatnya telah tiada. Biasanya nenas batu boleh digunakan sehingga setahun atau lebih.

Oklah. cukup dulu setakat ni sebab aku nak sambung satu lagi hobi aku..mengait..yg kini juga menjadi salah satu sumber rezeki..semuanya Lillahitaala..

Saturday, September 25, 2010

Allah Rindu Pada Ku

Kelmarin aku membaca kembali status rakanku yg sedang ditimpa ujian Allah yg Maha Esa.

Lantas ku tinggalkan komen ini buatnya di Facebook:

Allah hanya menduga di dalam kmampuan kita, kerana sayangNya pada kita, supaya kita faham erti sabar & kita jadi lebih kuat. Pasrahlah pada ketentuanNya

Petang tadi sedang aku mengacarakan satu majlis, program bersama pasangan pendakwah tersohor negara ustzh dato' siti nor bahyah mahamood dan ustz wan akashah wan abdul hamid, lantas ada bait kata-kata ustzah yang kena dgn sahabatku ini.. Lantas mengingatkan aku kpd beliau.

Baru sebentar tadi ku baca status update sahabatku ini..lantas terlintas utk memetik kata-kata ustazah buat beliau..komenku jd terlampau panjang..arakian membawa aku kemari mengarang satu nota buat sesiapa yg ingin membaca..

Td ustzh Nor bahyah ada berkata (sy memetik kt2 beliau): Allah trnkan ujian pd kita kerana Allah rindu nk mdgr suara kita. Allah memanggil malaikat utk trnkan ujian pd kita dgn berkata hai malaikat trnkan ujian kpd hambaku yg satu ini kerana aku rindu nak mdgr suaranya.

(Dan sy tmbh ayat saya: mgkin krn kita leka dlm kemudahan dan rezeki yg Allah beri lantas sering terlupa utk berkomunikasi dgnNya. Mgkin atas keterbiasaan yg harus dilupakan di mana kita sering alpa ketika senang dan hanya ingat kpd yg Esa tatkala ujian melanda sehinggakan demi rinduNya pd hambaNya lah lantas Allah terpaksa menurunkan ujian buat kika supaya kita kembali mengingatNya).

Teringat saya tika lama di hospital betapa rinduNya Allah pada ku lantas lama dudukku di hosp demi memberi ruang untukku mengadu domba dgn yg Esa, berzikir tanpa henti, bersolat sunat setiap kali larat, mengaji dgn titisan airmata.. (setelah sekian lama tidakku berbuat sedemikian..) betapa Allah memberi ruang untukku dekat pdNya, sebelum ini aku sering terlupa dan alpa. Betapa Kasih dan rinduNya Allah padaku lantas diuji sedemikian. tetapi sesungguhnya setiap satu perkara yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Bak kata org putih, every clouds have it silver lining. betul ke dah lama tak guna jd ingat2 lupa.

Mengingatkan pula kepada sebuah lagu yg senantiasa aku nyanyikan di dalam hati saat kerinduan pada yang Esa menyelubungi hati:

---------------------------------------------------------

Raihan

Sesungguhnya

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu
--------------------------------------------

Apabila aku berkata-kata, telinga yg paling hampir mendengar kata-kataku adalah telingaku sendiri

Lantas setiap apa yg kukatakan adalah seruan bukan hanya utk telinga org lain yg mendengar tetapi yang terutama adalah buat telinga ku sendiri.


Wednesday, February 17, 2010

Mataku sukar untuk lelap kembali

Kenapalah agaknya setelah terjaga jam11 lebih tadi tiba-tiba aku mengalami kesukaran untuk tidur semula?

mungkinkah kerana panas? atau jiwa sedang kacau?

walhal aku pasti tubuhku ini sedang kepenatan.

Arakian balik sekolah pun sudah lewat petang tadi kerana sibuk mencangkul tanah orang (bak kata K.jalilahwati Jalil).

Ada latihan nasyid di sekolah. Bukan.. aku bukan seorang ustazah yang mengajar Pend. Agama Islam. Sekadar seorang guru yang ingin berkongsi sekelumit ilmu yang ada dalam bidang nasyid ni, biarpun ilmunya tak seberapa. dah nak buat macamana? mereka yang sepatutnya lebih arif tidak peduli.

Pulang dari latihan aku tidak terus pulang ke rumah. singgah sebentar ke rumah K.Shereen untuk ambil stok tudung untuk dijual. Bukan..aku bukan seorang ahli perniagaan. Sekadar seorang guru yang ingin mencari nafkah sampingan kerana adik-adik masih ramai yang bersekolah dan perlu bantuan (serta kakak, abang & adik-adik lain yang sudah bekerja tapi masih perlu bantuan kewangan).

Aku pasti tubuhku sedang kepenatan.

Arakian sesampainya aku di rumah aku sibuk mengerah kederat yang tak seberapa untuk mengemas rumah yang kelihatan porak peranda di mata.

Kalau hari-hari lain mungkin aku biarkan sahaja keadaan rumahku sebegitu. Tapi hari ni rumahku menantikan kehadiran tetamu. mak mertua, ayah mertua, abang ipar, adik ipar dan anak saudara nak kunjung tiba. Tak sanggup rasanya andai kubiarkan rumah ku sedemikan rupa.

Kenapa?

Arakian Nabi mengajar layanlah tetamu umpama raja. Betahkah raja melihat persekitaran yang porak poranda? aku bukan lagi muslimah sejati.. tapi aku cuba..

Arakian aku mengimpikan status isteri yang baik. Mana nak letak muka kalau rumah porak peranda. Siapa yang malu? akak jugak... mungkin aku bukan lagi isteri yang baik.. tapi aku cuba..

Aku pasti tubuhku kepenatan..

Tapi apakah mungkin jiwa dan mindaku juga kepenatan?

Terlalu berserabut minda ini. arakian mata sukar untuk lelap. pemikiran bercabang dari satu pemikiran kepada pemikiran yang lain. terlalu berserabut.

ku bisikkan pada diri zikir mengingati Yang Esa. sebagai usaha agar mata kembali lena. Tapi baby di kandungan pula mengeliat bergolek mungkin kerana lapar melanda arakian tadinya makan tak seberapa.

Akhirnya komputer menjadi peneman sunyi di malam hari atau lebih tepat di ambang pagi. Ku layari internet mencari lirik nasyid "Dia kekasih Allah". Ku langsaikan sekelumit hutang dari jumlah sebenar yang menggunung. Ku jejaki berita terkini sahabat di "mukabuku" lantas mebawa aku ke sini. Meluahkan rasa hati.

Aku pasti tubuhku kepenatan. Jiwa dan minda juga lesu dan kacau. Biarla. ku usahakan lagi agar mata ini kembali lelap.

Selamat pagi. (2.27am)

Wednesday, January 20, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Ahad - Ibu kurang sihat, selsema. Tp ibu tetap ke sekolah. Macam-macam insiden berlaku di sekolah hari ni. Dari yang memalukan, yang menyakitkan hati, yang meletihkan dan sebagainya. Macam-macam ada. Hari ini dalam sejarah. Perkara yang tak pernah aku alami pun ada...

K.yah call dlm kul 9.45am bgtau PPD nak dtg check Buku Rekod kul10am. Aku relax je, kebetulan minggu lps aku terajin skit jd RPH sampai hari ni beres, cuma bahagian reflection je ada yang belum di tulis.

Cuma bila ku baca balik RPH hari ni rupa-rupanya ada tertinggal satu kelas. kalau nak buat dek je boleh sangat tp sbb masih ada masa aku bercadang utk buat.

Alkisah disebabkan oleh selsema ni teruk aku terbersin...ibu mengandung macam aku ni mana lah mampu menahan bladder arakian sampai terkucil di dalam seluar. Sekali takpe lagi kot sbb aku pakai pantiliner masuk kali kedua aku dah risau. Gi tandas untuk tukar pakai pad plak tp rupa-rupanya dah terbasah plak panty aku. aku pun nak basuh skit tapi terbasah habis plak. Arakian aku panik, dalam keadaan tidak berseluar dalam aku berjalan ke bilik ketua bidang, berangin je rasa, lantas kecurahkan rasa cemas ku pada k.yah dengan k.na yang ketika itu ada di situ. K.na menawarkan panty sparenya yang mmg kebetulan ada di dalam bag nya. Terpaksalah menahan malu dan menebalkan muka aku pinjam panty k.na. K.na kata biasalah ibu mengandung kalau terkucil dalam seluar ni. Memang kena ada panty spare. Tak pernah plak aku alami mcm ni. Masa mgandungkan Faiq dulu tak plak jadi mcm ni. Memanglah sering terkucil tu biasa tp terkucil terus belum lagi. Ditambah plak aku demam selsema kali ni kan..hai.. Takpe. lepas ni aku akan lebih beringat dan bersedia.

Jam 10pg PPD datang, aku pun antara yang terawal menghantar Buku Rekod tu, cuma tahun ni aku guna folder sbb aku taip RPH aku. Selesai pemantauan bila org lain sibuk tgk komen PPD dalam buku rekod aku pun semangat nak gi tengok, yakin pasti komen yang memberansangkan sbb tahun ni aku banyak dah siapkan awal. Bila aku masuk je bilik mesyuarat aku terkejut bila sebelah folder aku tu ada plak buku rekod kosong yang bertulis nama aku. Eh, apsal buku ni ada kt sini plak? siapa plak gi hantar buku rekod kosong ni. Memang kosonglah sbb kan aku guna folder.

Bila diperiksa, tension melanda, folder aku yang lengkap tidak diperiksa tetapi komen yang kurg best tercatat pada buku rekod yg kosong.

Aku pun keluar dari bilik mesyuarat terus meluahkan rasa tak puashati pada org sekeliling. Siapalah gi amik buku kosong atas meja aku dan gi hantar plak. Pdahal aku dah hntr yg lengkap.

Atas nasihat GPK1 aku angkut folder, buku rekod dan fail penuh dengan HSP tu ke kantin kejar blk org PPD yg tengah minum dangn pengetua. Walhal sejak mengandung ni aku tak pernah turun kantin pun sbb aku alahan bau makanan. Hari ni disebabkan buku rekod ni aku gagahkan turun dengan membawa beban yang berat lagi, kugalas atas perutku yang membuyung ni.

Kumaklumkan kpd Pegawai PPd tu salah faham yang berlaku. Lantas bila pegawai PPD tu tanya dah nak komen apa? Dalam hati ni aku kata tulislah bagus ke cemerlang ke letih aku menapak bawa benda berat jauh2 ni. Tp pegawai PPD tu sekadar tulis komen umum je "Penyeliaan BRM Januari 2010".

Last-last aku dapat tahu rupa-rupanya k.na yang hantar buku rekod kosong aku tu dan meyebabkan kekalutan td. Arrggahhh.. tensionnya. Tapi aku tahu k.na pasti tak sengaja dalam kekalutan tu mungkin dia main kutip je asal nampak buku rekod sesape atas meja dia kutip dan tolong hantar. Masalahnya tak kan lah k.na tak terfikir masa amik buku tu aku tak guna pun buku tu sbb kitaorg kan sama2 pakat guna folder tahun ni.

Aku pasti k.na tak sengaja. aku kenal dia mcamana. Dia baik orng nya. Teringat aku sdg memakai panty dia. dia memang banyak tolong aku selama aku kt sek ni. sbb kami mmg rapat. Biarlah benda nak jadi. Tak perlu simpan dalam hati. Catatan di sini sekadar mengenang kembali. hari ini dalam sejarah. Bukan untuk org baca pun. sbb takde org nak baca lah. Panjang berjela entry kali ni. Catatan ni untuk kenangan aku sendiri je.

Tapi cerita pasal hari AHAD 17 Januari 2010 ni tak habis setakat ni. Entri akan datang aku nak cerita bab menyayat hati plak.

Monday, January 18, 2010

Adiwira Kegemaran Faiq


Saat kemana-mana pantang nampak kelibat Ultraman pasti itu yg diminta. Bila pmintaan utk Ultraman tidak dilayan beralih ke ben10 plak.


Koleksi Ultraman Faiq mmg banyak.


-----------------------------------
Apa yg dipaparkan di atas ni pun mungkin hanya separuh dari jumlah sebenar koleksi Ultraman Faiq sebab yang bersaiz besar banyak ditinggal di Johor kat ruman nenek dgn atuk. Itu tak campur lagi mana yg dah kehilangan kaki tangan atau kepala.
---------------------------------------------
Kebanyakkannya diterima dari mak sedara dan pak sedara Faiq time birthday Faiq. Thanks to all. Selebihnya Ibu beli bila permintaan untuk Ultraman tak dapat dielak. Selalunya kalau gi shopping memang Ibu dan Ayah akan bagi dia pegang satu toy sementara kami shopping but in the end at the cashier tu kami akan bagitau cashier yang kami tak jadi beli Ultraman tu, jadi jangan kirala. Minta dia pulang balik ke rack. Hehehe. Nanti belum sempat sampai rumah, kat kereta lagi dia dah tanya mana Ultraman yang "dibelinya" tadi. Terpaksalah kami mengalih topik atau memberi seribu satu alasan.
--------------------------------------
Nak tidur pun kekadang peluk Ultraman. Ada masa juga celik-celik mata je minta Ultraman. Kat rumah youtube tu hampir 24jam Ultraman. Dalam kereta pasang DVD Ultraman.
-------------------------------------------
Baru-baru ni masa kami ke Kuantan dengan cik nana dan cik aty (mak sedara Faiq) depa test setakat mana Faiq kenal nama-nama Ultraman. Memang hebat pengetahuan Faiq tentang Ultraman, boleh dia bezakan yang mana Ultraman Ace, Ultraman Jack, Zoffy, Taro, Gaia, Atie, Max, Mebius, Cosmos, Dyna, Tiga, Nexus dan lain lain lagi termasuklah Ultraman Ibu dan Ultraman Ayah (memang ada, jangan ketawa).
------------------------------
Faiq.. Faiq...

----------------------------




Tuesday, January 12, 2010

Anak Zaman Sekarang...


Sekembalinya faiq dr sekolah pasti cepat2 dia buka laptop nak tengok youtube layan ultraman. puas tengok ultraman, layan power rangers plk. kadang-kadang tu bila ibu tengok dah tukar ben10 la, kadang-kadang spongebobla. Pandai plak dia cari. Hebat budak zaman sekarang. Pandai on laptop sendiri, layan internet, main computer games.
Ibu doakan anak ibu akan jadi cendekiawan, bijak pandai, muslimin yang soleh.
Amiin..

Tuesday, January 5, 2010

Setelah sekian lama...

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan blog ni tidak dikemaskini.

Alkisah kerana alahan mengandung teruk yang melanda arakian tertunda segala usaha untuk mengkhabarkan berita terkini hiburan sensasi di blog ku ini.

Alhamdulillah berkat kesabaran yang tertahan,
berkat doa yang tak jemu dipanjatkan,
berkat usaha yang sejengkal,
berkat kasih dan faham seorang suami,
kini Allah makbulkan doaku agar alahan ni
sedikit demi sedikit kian berlalu pergi

Dapatlah aku cuba sikit-sikit mula membantu suami yang kebelakangan ni terpaksa ambil alih tugas mengurus rumahtangga secara total kerana ketidaklaratanku sebelum ni.

Dapatlah aku kekuatan untuk melayan semula kerenah dan keletah si faiq permata sulungku biarpun terkadang tak sanggup jadi raksasa aka mangsa pergelutan dengannya kala dia bertukar jadi Ultraman, adiwira kegemarannya.

Dapatlah aku melaksanakan tanggungjawapku sebagai pendidik yang berjiwa rakyat yang menjalankan tugas tak kira penat walau diri tak berapa larat.

kini kandunganku berusia 21 minggu atau 5 bln lebih.

Doakan yang terbaik buat kami, nikmat kesihatan & kesejahteraan, dipermudah segala urusan

Buat suami tercinta, thanks a lot for everything, every single drop of your sweat, everything single thing you've done be it big or small is very deeply appreciated and tresured. From the bottom of my heart i sincerely do love you truly, madly, deeply.

Tuesday, October 27, 2009

Luluh Hati Ibu

Salam,

Ampun dipinta kerana kemalasan melanda, arakian lewat pula nak sambung siri ke3 Teristimewa But Bakal Ibu Dan Bakal Bapa.

Alkisah nak dijadikan cerita, anaknda sulung tercinta dilanda derita, ulcer di mulut melanda pula, masuk hari ini hari ke3. Lantas, masa dan kedarat dicurah sepenuhnya, melayan adu domba si pengarang jantung yang sedang hiba.

Hati ibu mana tidak luluh mendengarkan rengek rintih sang anak yang acapkali mengadu sakit. Mana tidaknya, sedangkan kita yang dewasa andai ada hanya satu ulcer di mulut pun sudah terasa pedihnya, hilang pula selera kerana makan tidak lagi selesa.

Apatah lagi, Muhammad Firas Faiq yang belum lagi genap 3 tahun usianya. Ulcernya penuh sekeliling lidah dan gusi, merata riti di sana sini. Lapar dan dahaga tetap dia terasa, tapi kala makanan dan susu disua, pasti raungan sakit yang kedengaran bersama lelehan airmata.

Nasihat sahabat handai telah ku pinta. Meminta pendapat dan jua petua. Sekalung penghargaan buat mereka, yang telah sudi berkongsi pengalaman dan petua.

Kelmarin ibu bercuti menemankan Faiq berkongsi derita, kerana ibu pun masih sama, seksa alahan mengandung yang belum reda. Hari ini ibu dan ayah sama-sama, bercuti untuk pergi mengembara, menemankan Faiq ke Manir, Kuala Terengganu untuk mencari penawar derita.

Ke hadrat Allah Yang Maha Esa, Ehsan ku pinta di dalam doa,
Kurniakan nikmat kesihatan buat kami semua.

Friday, October 23, 2009

Teristimewa Buat Bakal Ibu dan Bakal Bapa - Siri 2

Salam pertemuan,

Sesungguhnya perjalanan janin di dalam rahim adalah salah satu keajaiban kejadian manusia yang menggambarkan kebesaran Allah Yang Maha Esa.

Sama-sama kita renungi dan hayati.

Minggu 5

Walaupun anggota tubuh badan baby (embrio) sudah wujud, yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz baby sudah mencecah 4mm.

Minggu 6

Jantung baby saya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut (Bila pegang perut tu terasa degup jantungnya dup dap dup dap). Di akhir minggu ini, salurang yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar jadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng (kalau ikut jari kelengkeng ibu ni kecik je lah baby ib u). Pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan (baby dah mula gerak, seronoknya dengar!).

Minggu 7

Baby saya (Fetus) kini berukuran 1.3sm (alahai kecik je). Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan (baby dahde muka dah la kan). Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Minggu 8



Minggu ni, baby ibu dah berukuran 2.5sm, 10 000 kali lebih besar drpd minggu pertama hingga 4. Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Kini, jantungnya mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengan baby kian berkembang, baby sudah pandai bergerak dan menendang. Walaubagaimanapun, saiz baby yang masih kecil tidak membolehkan ibu rasa pergerakkan baby lagi

Demikianlah lebih kurang pembesaran baby dalam perut ibu. Untuk dua siri pertama ni saya tulis 4 minggu terus untuk sebulan tu. Kalau rajin akan datang saya tulis seminggu sekali. ikut sama perkembangan baby saya yang kini dah 10 minggu dalam perut saya ni.

ilal likok, ma'assalamah.

Teristimewa Buat Bakal Ibu dan Bapa - siri 1

Khusus buat bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa yang sedang berdebar-debar menantikan cahayamata di luar sana...

Tidak dilupa jua kepada ibubapa yang bakal menimang cahayamata baru...

ingi saya kongsikan di sini sekelumit ilmu yang saya dapat dari buku yang sering menjadi panduan saya ketika mengandung, sepertimana sekarang..

Pembesaran Baby Dalam Rahim Ibu

Minggu 1

8 hari slps persenyawaaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk meyatakan kehadirannya di dalam rahim

Minggu 2

Blastosis mula mengembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Selepas 3 minggu persenyawaaan, saiz embriuio ialah sepanjang 2mm. gen janin mula membentuk 3 lapisan sel drpd organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah drpd jantung).

hah, alkisah demikianlah serba sedikit perkembangan baby kita dalam rahim kita sepanjang bulan yang pertama. Arakian membacakan perkembangan janin @ baby kita dalam rahim ni, tak sabar rasa nak tahu lagi apa pula yang berlaku pada minggu-minggu akan datang.

Berminat nak tahu? Tunggu siri akan datang ye.
Doakan saya sihat dan tak teruk alahan supaya dikurniakan kederat dan upaya untuk menulis bagi siri seterusnya.

Sehingga berjumpa lagi

ilal likok. Ma'assalamah.

Thursday, October 22, 2009

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Biduk Berlalu Kiambang bertaut
demam berlalu alahan kembali berpaut

Alkisah ketika seminggu aku demam selsema dan batuk, arakian deria bau dan rasaku hilang..
saat dan ketika itu aku boleh relax je mkn kerana cornfirm aku tak boleh bau jd takdela aku jd nak muntah2 sbb bau kerana sebagaimana telah ku kisahkan sebelum ini mmg sepanjang mengandung ni aku tak boleh bau makanan yg merupakan penyebab muntah paling major bg aku...

Namun dalam kedemaman aku tu..tidak pulak berkurangan loya-loya dan muntah-muntah aku. walaupun deria bau tiada ketika itu, maka aku tak muntah sbb bau tapi aku tetap teruk muntah-muntah disebabkan banyak lg faktor lain selain dr bau..

aku muntah sbb kahak hijau yg banyak setiap kali aku batuk..
aku muntah sbb angin yang banyak dalam tubuh, tersekat-sekat di dada menyeksa diri nak keluar pun susah...
aku muntah sbb rasa mual pada rasa susu yg aku minum atau makanan yang aku makan..
lagi best...
aku muntah sbb takde sebab..tak pasal-pasal aku rasa nak muntah..lalu muntahlah aku..

kalau suami ada di sisi..si dia lah tukang gosok-gosok belakang ketika aku muntah..
lagi best...
ada sekali ni aku muntah-muntah ketika suami tiada di sisi...
Hanya Faiq peneman sepi..
lalu faiq datang bertanya..
ibu muntah?
sekonyong-konyong faiq berlari mengambil cawan menadah air (gmbrn penulis sahaja kerana ketika itu penulis sbnrnya sedang teruk muntah-muntah menghadap sinki)
lalu dihulurkan kepadaku sambil berkata
ibu, air...minum.
(Faiq belum betul-betul fasih berkata-kata, hanya beberapa potong perkataan yg bg kami bolehla difahami)

Semalam perit sgt tekak aku ketika muntah...mungkin sbb aku mkn asam pedas ptgnya..
bkn setakat tekak, seolah-olah keseluruhan laluan muntah dr perut keluar tu pedih..
sehingga pagi tadi terasa sakitnya..mlm tadi aku sekali lagi tidur dengan perut kosong..kerana lps muntah aku terlalu lembik utk bangun atau makan.. aku terus sahaja tidur. dalam kepala otak aku kalau boleh nak mc je..Tapi..

aku tetap aku..
agi idup agi ngelaban..
pagi td aku tetap ke sekolah..
aku tetap mengajar sehabis kederat yang termampu..
aku lah cikgu itu..
yang semangat juangnya bermati-matian demi anak bangsa..

Lillahi ta'ala..

Wednesday, October 14, 2009

Style Santai


Alkisah,
lihatla gaya cahayamataku ini beradu...
unik kan...santai gila.
siap kaki bersilang, tangan letak bawah kepala.
Memang sejak baby lagi dia dah tido macam ni..
sejak dalam buaian lagi.. haah! dalam buaian pun dia silang kaki dan letak tangan bawah kepala...
macam bersantai di tepi pantai
tak tau lah..menurun ayah dia ke ibu dia...

Sunday, October 11, 2009

My Other Half

Arakian keadaanku yang sedang teruk dilanda alahan sepertimana yang telah aku alkisahkan dalam entry sebelum ni..


Arakian harus aku ceritakan tentang seseorang..


tentang seseorang yang mana tanpanya seksaku pasti lebih seksa..

tentang seseorang yang mana tanpanya rebahku tak bersambut..

tentang seseorang yang mana tanpanya lemahku tak didukung..


hawa tercipta di dunia

untuk menemani sang adam

begitu jua dirimu tercipta untuk temani aku


buat adamku...

terima kasih kerana menggosok belakangku kala aku seksa muntah-muntah

terima kasih kerana menghulurkan air bio aura kala loyaku tak tertanggung

terima kasih kerana membawa dan menemaniku berjumpa doktor

terima kasih kerana memasak, menghidangkan makanan dan membasuh pinggan

terima kasih kerana membasuhkan, menjemur, melipat, menggosok baju

terima kasih kerana menguruskan segalanya dikala aku tak larat dan tak tertanggung segalanya


suamiku..

terimalah ampun maafku kerana kelemahanku

termalah ampun maafku kerana segala kekuranganku


abg..

saat ini aku sangat-sangat memerlukan abang..

kerana diri ini sangat lemah lahir dan batin

fizikal dan mental

jasmani dan emosi


Thanks for always being there when i need u..

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya..

Jihad ku pasti tumpas tanpamu..