Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Teristimewa Buat Bakal Ibu dan Bakal Bapa - Siri 2

Salam pertemuan,

Sesungguhnya perjalanan janin di dalam rahim adalah salah satu keajaiban kejadian manusia yang menggambarkan kebesaran Allah Yang Maha Esa.

Sama-sama kita renungi dan hayati.

Minggu 5

Walaupun anggota tubuh badan baby (embrio) sudah wujud, yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz baby sudah mencecah 4mm.

Minggu 6

Jantung baby saya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut (Bila pegang perut tu terasa degup jantungnya dup dap dup dap). Di akhir minggu ini, salurang yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar jadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng (kalau ikut jari kelengkeng ibu ni kecik je lah baby ib u). Pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan (baby dah mula gerak, seronoknya dengar!).

Minggu 7

Baby saya (Fetus) kini berukuran 1.3sm (alahai kecik je). Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan (baby dahde muka dah la kan). Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Minggu 8



Minggu ni, baby ibu dah berukuran 2.5sm, 10 000 kali lebih besar drpd minggu pertama hingga 4. Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Kini, jantungnya mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengan baby kian berkembang, baby sudah pandai bergerak dan menendang. Walaubagaimanapun, saiz baby yang masih kecil tidak membolehkan ibu rasa pergerakkan baby lagi

Demikianlah lebih kurang pembesaran baby dalam perut ibu. Untuk dua siri pertama ni saya tulis 4 minggu terus untuk sebulan tu. Kalau rajin akan datang saya tulis seminggu sekali. ikut sama perkembangan baby saya yang kini dah 10 minggu dalam perut saya ni.

ilal likok, ma'assalamah.

Teristimewa Buat Bakal Ibu dan Bapa - siri 1

Khusus buat bakal-bakal ibu dan bakal-bakal bapa yang sedang berdebar-debar menantikan cahayamata di luar sana...

Tidak dilupa jua kepada ibubapa yang bakal menimang cahayamata baru...

ingi saya kongsikan di sini sekelumit ilmu yang saya dapat dari buku yang sering menjadi panduan saya ketika mengandung, sepertimana sekarang..

Pembesaran Baby Dalam Rahim Ibu

Minggu 1

8 hari slps persenyawaaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk meyatakan kehadirannya di dalam rahim

Minggu 2

Blastosis mula mengembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.

Minggu 3

Selepas 3 minggu persenyawaaan, saiz embriuio ialah sepanjang 2mm. gen janin mula membentuk 3 lapisan sel drpd organ badan yang akan bergabung.

Minggu 4

Bentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah drpd jantung).

hah, alkisah demikianlah serba sedikit perkembangan baby kita dalam rahim kita sepanjang bulan yang pertama. Arakian membacakan perkembangan janin @ baby kita dalam rahim ni, tak sabar rasa nak tahu lagi apa pula yang berlaku pada minggu-minggu akan datang.

Berminat nak tahu? Tunggu siri akan datang ye.
Doakan saya sihat dan tak teruk alahan supaya dikurniakan kederat dan upaya untuk menulis bagi siri seterusnya.

Sehingga berjumpa lagi

ilal likok. Ma'assalamah.

Sunday, October 11, 2009

40 Minggu Nan Indah


Demikianlah judul buku yang menjadi panduan lengkap during my first pregnancy dulu..

sebuah buku yang dikatakan merupakan catatan lengkap sepanjang kehamilan dan kelahiran.

tetapi, ironinya sepanjang 40 minggu kehamilan saya bukanlah semuanya indah...

Yes, it is very true that it was a wonderful news to know you are pregnant, especially when you are really hoping to be so. But i was born to be one of those not really so fortunate destined to be very sick during my pregnancy.
This is my third pregnancy and during all my pregnancy period i became the opposite of the normal me. People know me as someone who is very active, very jovial, happy go lucky and always have a smile on my face, but during my pregnancy i became inactive (mmg tak mampu nak mengaktifkan diri sbb tak larat), i have to force a smile since most of the time i feel nausea. For most pregnant ladies this symptom is actually normal during the early stage of their pregnancy it is call morning sickness. But for me nothing is normal, since my sickness is not only in the morning but all the time and it wasn't only during the early stage of my pregnancy but throughout the whole pregnancy.
------------------------------------
Aku kerap MC sejak pregnant ni. Aku jadi lembik tak berdaya. Berat badan bukannya naik mcm org mengandung sepatutnya tapi turun. Kelmarin ibu mertuaku kata aku nmpk kurus. Ramai tetamu di kenduri aqiqah anak saudara baru kami semalam tegur aku nampak slim dr belakang walhal jika dilihat dr depan perut sedang terboyot-boyot. Semalam dalam perjalanan pulang dr KT ke rmh aku muntah-muntah habis kosong isi perut. Malam pula aku termiss makan malam kerana tertidur menidurkan Muhammad Firas Faiq. Bangun pagi seawal jam 5.11am pg tadi, aku muntah-muntah lagi. Tapi dek kerana perut sudah sedia kosong hanya air asid yang keluar, dari yg berwarna hijau sampai berwarna cokelat @ koko.
------------------------------------
Tapi org kata ini adalah jihad. aku bukanlah insan gagah yang mampu menggalas senjata menentang musuh Islam di medan perang, mungkin inilah caranya Allah memberi aku ruang dan peluang untuk berjihad, demi suami tercinta, demi keluarga bahagia yang diimpikan, demi malahirkan ummat Muhammad soleh dan solehah, bakal mujahid dan mujahidah fi sabilillah.
Buat teman-teman, doakan kehamilanku kali ini lebih selamat dr yang sebelumnya, doakan baby dan ibu sihat sentiasa sehingga aku selamat melahirkan andaikira ada rezeki biarlah kali ini seorang mujahiddah sejati, seorang puteri yang solehah tetapi sekiranya seorang putera yang Allah hadiahkan buat aku dan suami biarlah dia menjadi barisan mujahid yang memperjuangkan agamaMu Ya Allah.
-------------------------
Amiin Ya Robbal 'Alamin

Friday, August 14, 2009

Usai sudah



Alhamdulillah... usai sudah tugasan aku memasukkan data bagi SSQS yang aku ceritakan kelmarin. Setelah berhempas pulas sepanjang sore causing me backache and stiff shoulder, akhirnya selesai juga akhirnya. Mlm ni bolehla berehat-rehat menonton televisyen. Ada cerita best ke mlm ni?




**Flashback**


Awal pagi td aku bergegas ke SMK Sura untuk menghabiskan satu slot lagi tutorial SPM daerah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada beberapa pelajar tidak dapat hadir. Dalam situasi sekarang di mana wabak H1N1 sedang melanda, sedikit kegusaran menyapa melihatkan ketidakhadiran pelajar-pelajar tersebut kemungkinan besar kerana masalah kesihatan. Malah lagi menggusarkan pelajar yang hadir pun ada juga yang kurang sihat sehinnga mata pun jelas nampak kemerah-merahan dan pelajar tersebut sering gelisah menyapu hidung yang dilanda selsema (salah satu simptom H1N1).




Lalu, bagi melunaskan nawaitu hati yang kelmarin tidak kesampaian, aku meminta salah seorang pelajar tersebut untuk mengambil bekas air 2 gelen yang berisi air bio aura dan telah dibacakan surah yassin khamis lalu. setibanya air tersebut aku maklumkan kepada pelajar bahawa hari ini aku membawa sedikit hadiah kepada mereka iaitu air yassin sebagai satu asbab bagi membantu mereka belajar seharian. Semoga Allah mengurniakan hati yang cerah dan minda yang cerdas buat mereka menuntut ilmu.




Tidak lupa, aku jelaskan signifikan air dalam kehidupan terutama sekali kepada pelajar semasa menuntut ilmu. kukongsikan dengan mereka beberapa petua cara belajar yang berkesan termasuklah salah satunya dengan banyak meminum air.




tiba-tiba aku rasa bosan dengan penulisan ni, kenapa skema sangat ni? kenapa serius sgt ni? padahal dah tau sesiapa pun pasti bosan klu membaca artikel terlalu panjang. hhmm..baik aku selitkan gmbr skit. jap ye..


laa..kt atas nu rupanya dia ltk gmbr. gmbr tu aku amik kt laman rmh mak mertua aku. itu salah satu hobi aku. Fotografi. Aku ada cita-cita dlm fotografi tp masih belum mampu nak aku jayakan cita-cita tu. Aku ni too many things to do but too little time..haah eh, bila aku nak buat posting in English plak? hmm..pasti akan ada suatu hari nnt. psl fotografi tu pun nnt la aku buat posting lain.


alamak, hubby aku dah siap mandikan putera hatiku, Faiq. oklah chow dulu la. nak g melayan anak pakai baju sat. adios..

Smart School Qualification Standard - SSQS

Sakit dah rasanya tulang belikat aku ni...
gara-gara konon-kononnya sibuk nak siapkan SSQS ni walhal berapa peratus sgt concentration aku terhadap SSQS..sedangkan yang selebihnya aku duk sibuk melayan fb dan update blog ni. jgn tak percaya dah setahun lebih rupa-rupanya since the last posting..

sekarang dah 2.16am. aku msh mengadap laptop aku ni. kononnya tgh buat SSQS. Borang SSQS yang perlu aku key in berlambak-lambak lagi. tulang belikat dah mula perit, tandanya aku harus sedar yang aky perlu tidur dan berehat. esok aku perlu berkhidmat untuk kemajuan anak bangsa aku lagi. Esok aku perlu teruskan khidmat aku untuk Tutorial SPM daerah Dungun. Aku mengajar di SMK Kampung Nyiur, tapi untuk program ni aku dihantar untuk mengajar di SMK Sura. Sekolah yang sangat-sangat berangin kerana kedudukannya betul-betul di tepian pantai.

SSQS ni esok dateline nya. Seharusnya mlm ni nawaitu aku berjaga malam adalah untuk siapkan SSQS tapi SSQS entah kemana, tahu-tahu aku melayan blog aku yg basi ni.

Lantaklah...