Showing posts with label Kisah aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah aku. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Tahun Baru...

Salam,

Kehadiran tahun baru mendetikkan satu hajat di hati ini untuk cuba mendedikasikan sedikit ruang masa bagi mencoretkan lebih banyak catatan di blog yang sering dibiar sepi saban tahun ini.

Iri rasanya melihatkan sahabat-sahabat lain yang berjaya menghasilkan blog yang meriah. bkn sahaja meriah dari segi dekorasinya malah isi kandungannya..

Aku sering didatangi niat dan idea untuk menulis dan mencoretkan rasa hati di blog ni, tapi sering jua nawaitu dibantutkan oleh pelbagai aral yang datang melintang. Bila dilihat kembali banyak juga post yang terbengkalai di  ruangan "draft" tak sempat diterbitkan ( "publish").

Banyak juga foto-foto yang kuambil dengan niat untuk dipaparkan di ruangan ini tapi hajat tidak kesampaian.

Januari sudah hampir masuk separuh perjalanan menuju ke penghujungnya, dari awal januari sehingga hari ini 13 Januari 2012, telah beberapa kali ku tukar layout, template, background dan mcm-mcm2 lagi latar blog ni dgn niat utk "rebranding" blog ni. kononnya kemunculan semula. Tapi tetap tiada yang benar-benar memuaskan hati. Asalnya nak yg ceria menggambarkan diriku kononnya tapi tak berjaya, ingin ku gubah sesuatu yang kuminati bertemakan warna kegemaran ku unggu, tidak kesampaian, telah ku cuba yg merah menyala digandingkan dgn hitam, tahan seminggu, ku tukar semula.Akhirnya aku berhenti and settled down with this blue green theme kerana nampak tenang sbb dah serabut cuba mcm2.

Terkadang terdetik jua, untuk apa meluangkan masa untuk menulis sedangkan tiada khalayak yang akan membaca. Tapi kepuasan diri yang dicari. catatan lebih untuk kepuasan diri dan sbgi sumber rujukan untuk diri sendiri.



Entahla... Begitulah alkisahnya..Arakian, aku berdoa dan berharap agar akan berpeluang untuk meluangkan lbh bnyk masa mencoretkan sesuatu dan memeriahkan ruangan yang akhir menjadi tatapan mataku sendiri ni..

Wednesday, January 20, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

Ahad - Ibu kurang sihat, selsema. Tp ibu tetap ke sekolah. Macam-macam insiden berlaku di sekolah hari ni. Dari yang memalukan, yang menyakitkan hati, yang meletihkan dan sebagainya. Macam-macam ada. Hari ini dalam sejarah. Perkara yang tak pernah aku alami pun ada...

K.yah call dlm kul 9.45am bgtau PPD nak dtg check Buku Rekod kul10am. Aku relax je, kebetulan minggu lps aku terajin skit jd RPH sampai hari ni beres, cuma bahagian reflection je ada yang belum di tulis.

Cuma bila ku baca balik RPH hari ni rupa-rupanya ada tertinggal satu kelas. kalau nak buat dek je boleh sangat tp sbb masih ada masa aku bercadang utk buat.

Alkisah disebabkan oleh selsema ni teruk aku terbersin...ibu mengandung macam aku ni mana lah mampu menahan bladder arakian sampai terkucil di dalam seluar. Sekali takpe lagi kot sbb aku pakai pantiliner masuk kali kedua aku dah risau. Gi tandas untuk tukar pakai pad plak tp rupa-rupanya dah terbasah plak panty aku. aku pun nak basuh skit tapi terbasah habis plak. Arakian aku panik, dalam keadaan tidak berseluar dalam aku berjalan ke bilik ketua bidang, berangin je rasa, lantas kecurahkan rasa cemas ku pada k.yah dengan k.na yang ketika itu ada di situ. K.na menawarkan panty sparenya yang mmg kebetulan ada di dalam bag nya. Terpaksalah menahan malu dan menebalkan muka aku pinjam panty k.na. K.na kata biasalah ibu mengandung kalau terkucil dalam seluar ni. Memang kena ada panty spare. Tak pernah plak aku alami mcm ni. Masa mgandungkan Faiq dulu tak plak jadi mcm ni. Memanglah sering terkucil tu biasa tp terkucil terus belum lagi. Ditambah plak aku demam selsema kali ni kan..hai.. Takpe. lepas ni aku akan lebih beringat dan bersedia.

Jam 10pg PPD datang, aku pun antara yang terawal menghantar Buku Rekod tu, cuma tahun ni aku guna folder sbb aku taip RPH aku. Selesai pemantauan bila org lain sibuk tgk komen PPD dalam buku rekod aku pun semangat nak gi tengok, yakin pasti komen yang memberansangkan sbb tahun ni aku banyak dah siapkan awal. Bila aku masuk je bilik mesyuarat aku terkejut bila sebelah folder aku tu ada plak buku rekod kosong yang bertulis nama aku. Eh, apsal buku ni ada kt sini plak? siapa plak gi hantar buku rekod kosong ni. Memang kosonglah sbb kan aku guna folder.

Bila diperiksa, tension melanda, folder aku yang lengkap tidak diperiksa tetapi komen yang kurg best tercatat pada buku rekod yg kosong.

Aku pun keluar dari bilik mesyuarat terus meluahkan rasa tak puashati pada org sekeliling. Siapalah gi amik buku kosong atas meja aku dan gi hantar plak. Pdahal aku dah hntr yg lengkap.

Atas nasihat GPK1 aku angkut folder, buku rekod dan fail penuh dengan HSP tu ke kantin kejar blk org PPD yg tengah minum dangn pengetua. Walhal sejak mengandung ni aku tak pernah turun kantin pun sbb aku alahan bau makanan. Hari ni disebabkan buku rekod ni aku gagahkan turun dengan membawa beban yang berat lagi, kugalas atas perutku yang membuyung ni.

Kumaklumkan kpd Pegawai PPd tu salah faham yang berlaku. Lantas bila pegawai PPD tu tanya dah nak komen apa? Dalam hati ni aku kata tulislah bagus ke cemerlang ke letih aku menapak bawa benda berat jauh2 ni. Tp pegawai PPD tu sekadar tulis komen umum je "Penyeliaan BRM Januari 2010".

Last-last aku dapat tahu rupa-rupanya k.na yang hantar buku rekod kosong aku tu dan meyebabkan kekalutan td. Arrggahhh.. tensionnya. Tapi aku tahu k.na pasti tak sengaja dalam kekalutan tu mungkin dia main kutip je asal nampak buku rekod sesape atas meja dia kutip dan tolong hantar. Masalahnya tak kan lah k.na tak terfikir masa amik buku tu aku tak guna pun buku tu sbb kitaorg kan sama2 pakat guna folder tahun ni.

Aku pasti k.na tak sengaja. aku kenal dia mcamana. Dia baik orng nya. Teringat aku sdg memakai panty dia. dia memang banyak tolong aku selama aku kt sek ni. sbb kami mmg rapat. Biarlah benda nak jadi. Tak perlu simpan dalam hati. Catatan di sini sekadar mengenang kembali. hari ini dalam sejarah. Bukan untuk org baca pun. sbb takde org nak baca lah. Panjang berjela entry kali ni. Catatan ni untuk kenangan aku sendiri je.

Tapi cerita pasal hari AHAD 17 Januari 2010 ni tak habis setakat ni. Entri akan datang aku nak cerita bab menyayat hati plak.

Tuesday, January 5, 2010

Setelah sekian lama...

Pejam celik pejam celik dah 2 bulan blog ni tidak dikemaskini.

Alkisah kerana alahan mengandung teruk yang melanda arakian tertunda segala usaha untuk mengkhabarkan berita terkini hiburan sensasi di blog ku ini.

Alhamdulillah berkat kesabaran yang tertahan,
berkat doa yang tak jemu dipanjatkan,
berkat usaha yang sejengkal,
berkat kasih dan faham seorang suami,
kini Allah makbulkan doaku agar alahan ni
sedikit demi sedikit kian berlalu pergi

Dapatlah aku cuba sikit-sikit mula membantu suami yang kebelakangan ni terpaksa ambil alih tugas mengurus rumahtangga secara total kerana ketidaklaratanku sebelum ni.

Dapatlah aku kekuatan untuk melayan semula kerenah dan keletah si faiq permata sulungku biarpun terkadang tak sanggup jadi raksasa aka mangsa pergelutan dengannya kala dia bertukar jadi Ultraman, adiwira kegemarannya.

Dapatlah aku melaksanakan tanggungjawapku sebagai pendidik yang berjiwa rakyat yang menjalankan tugas tak kira penat walau diri tak berapa larat.

kini kandunganku berusia 21 minggu atau 5 bln lebih.

Doakan yang terbaik buat kami, nikmat kesihatan & kesejahteraan, dipermudah segala urusan

Buat suami tercinta, thanks a lot for everything, every single drop of your sweat, everything single thing you've done be it big or small is very deeply appreciated and tresured. From the bottom of my heart i sincerely do love you truly, madly, deeply.

Thursday, October 22, 2009

Biduk Berlalu Kiambang Bertaut

Biduk Berlalu Kiambang bertaut
demam berlalu alahan kembali berpaut

Alkisah ketika seminggu aku demam selsema dan batuk, arakian deria bau dan rasaku hilang..
saat dan ketika itu aku boleh relax je mkn kerana cornfirm aku tak boleh bau jd takdela aku jd nak muntah2 sbb bau kerana sebagaimana telah ku kisahkan sebelum ini mmg sepanjang mengandung ni aku tak boleh bau makanan yg merupakan penyebab muntah paling major bg aku...

Namun dalam kedemaman aku tu..tidak pulak berkurangan loya-loya dan muntah-muntah aku. walaupun deria bau tiada ketika itu, maka aku tak muntah sbb bau tapi aku tetap teruk muntah-muntah disebabkan banyak lg faktor lain selain dr bau..

aku muntah sbb kahak hijau yg banyak setiap kali aku batuk..
aku muntah sbb angin yang banyak dalam tubuh, tersekat-sekat di dada menyeksa diri nak keluar pun susah...
aku muntah sbb rasa mual pada rasa susu yg aku minum atau makanan yang aku makan..
lagi best...
aku muntah sbb takde sebab..tak pasal-pasal aku rasa nak muntah..lalu muntahlah aku..

kalau suami ada di sisi..si dia lah tukang gosok-gosok belakang ketika aku muntah..
lagi best...
ada sekali ni aku muntah-muntah ketika suami tiada di sisi...
Hanya Faiq peneman sepi..
lalu faiq datang bertanya..
ibu muntah?
sekonyong-konyong faiq berlari mengambil cawan menadah air (gmbrn penulis sahaja kerana ketika itu penulis sbnrnya sedang teruk muntah-muntah menghadap sinki)
lalu dihulurkan kepadaku sambil berkata
ibu, air...minum.
(Faiq belum betul-betul fasih berkata-kata, hanya beberapa potong perkataan yg bg kami bolehla difahami)

Semalam perit sgt tekak aku ketika muntah...mungkin sbb aku mkn asam pedas ptgnya..
bkn setakat tekak, seolah-olah keseluruhan laluan muntah dr perut keluar tu pedih..
sehingga pagi tadi terasa sakitnya..mlm tadi aku sekali lagi tidur dengan perut kosong..kerana lps muntah aku terlalu lembik utk bangun atau makan.. aku terus sahaja tidur. dalam kepala otak aku kalau boleh nak mc je..Tapi..

aku tetap aku..
agi idup agi ngelaban..
pagi td aku tetap ke sekolah..
aku tetap mengajar sehabis kederat yang termampu..
aku lah cikgu itu..
yang semangat juangnya bermati-matian demi anak bangsa..

Lillahi ta'ala..

Sunday, October 11, 2009

My Other Half

Arakian keadaanku yang sedang teruk dilanda alahan sepertimana yang telah aku alkisahkan dalam entry sebelum ni..


Arakian harus aku ceritakan tentang seseorang..


tentang seseorang yang mana tanpanya seksaku pasti lebih seksa..

tentang seseorang yang mana tanpanya rebahku tak bersambut..

tentang seseorang yang mana tanpanya lemahku tak didukung..


hawa tercipta di dunia

untuk menemani sang adam

begitu jua dirimu tercipta untuk temani aku


buat adamku...

terima kasih kerana menggosok belakangku kala aku seksa muntah-muntah

terima kasih kerana menghulurkan air bio aura kala loyaku tak tertanggung

terima kasih kerana membawa dan menemaniku berjumpa doktor

terima kasih kerana memasak, menghidangkan makanan dan membasuh pinggan

terima kasih kerana membasuhkan, menjemur, melipat, menggosok baju

terima kasih kerana menguruskan segalanya dikala aku tak larat dan tak tertanggung segalanya


suamiku..

terimalah ampun maafku kerana kelemahanku

termalah ampun maafku kerana segala kekuranganku


abg..

saat ini aku sangat-sangat memerlukan abang..

kerana diri ini sangat lemah lahir dan batin

fizikal dan mental

jasmani dan emosi


Thanks for always being there when i need u..

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segalanya..

Jihad ku pasti tumpas tanpamu..


Thursday, August 27, 2009

Ramadhan Al Mubarak

Ku mengharap kan Ramadhan
Kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui
dengan sempurna
--------------------------
Setiap kali Ramadhan tiba itulah lagu favourite aku..lagu aku layan syahdu syahdan..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Kepada semua sahabat handai, brothers and sisters in Islam..
May this year's Ramadhan will bring you barakah and Blessing from Allah, azza wa jalla..

Ihya u Ramadhan..
Let's together cherish Ramadhan with ibadah and may all our Ibadah will be received by Him, The Most Gracious The Most Merciful. May there will be no Hijab between all our prayers to Him.
Amiin..

To all,
Happy Fasting
Selamat Menjalani Ibadah puasa

Lillahi ta'ala

Sunday, August 16, 2009

Buah cempedak di luar pagar...


Buah Cempedak di Luar pagar
Ambil Galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Ni aku nak test masukkan gmbr-gmbr pada blog ni.. baru nk bljr..

aku prnh sebut yang aku memang minat fotografi.. aku dr kecik dah pegang kamera, 1st camera aku tak ingat brand apa, tp yg aku taui abg aku punya. 2nd camera tu canon prima, masa tu rasa dah ckp cantik gmbr. Tp mls nak cari koleksi gmbr lama2. Pastu ada duit skit aku beli olympus mju. mmg cantikla gmbr (pd aku-standard amatur la). Tp time tu belum lg zaman digital. msh zaman guna filem. jap aku scan cth gmbr guna olympus ni.

dua2 gmbr ni main amik je, auto setting. takde blh set apa2 pun kamera tu. Tp hasilnya yg 1st tu solid potrait background pun solid, yg 2nd tu object solid background jd blur. Menarik gak. Tak buat pape pun. pakai main snap je.
------------------------------------------
Pastu aku beli camera digital. 1st camera digital aku Casio. Kenapa aku beli Casio? Sbb jurujual tu suruh beli yg itu. aku suka hasil still images dia. mcm cantik je. Dgn aku yg takde kemahiran fotografi langsung ni. aku bkn reti nak tukar2 aperture ke nak guna shutter ke apa.. aku tak tau pun kamera tu blh tukar ke bende tu semua. Yang aku tahu mmg ada setting dlm tu nak ambil gambar potrait ke, lanscape ke, sport ke, behind glass ke, text ke, collectio ndan sebagainya. jap aku cari koleksi gmbr2 lama aku. masa aku guna kamera tu aku baru kahwin, aku duduk kat maktab, MPTAA. hah, ni dia, penat aku cari. Abis CD dah aku selongkar. hah, tgk lah...
---------------------------------------------------
gmbr ni di ambil masa aku di sedang buat KPLI d MPTAA. Time ni kami menjalankan program Bina Insan Guru (BIG). Yang ada dlm gmbr ni dr kanan: suzilawati, Junaidah, Mina, Anusha, Audrey dan aku.
---------------------------------------------
Ni aku cuba setting..hmm..tak ingat ntah apa nama setting gmbr ni. Tp black and white la hasilnya..cantik. nampak klasik. dlm gmbr: Nina, Ti, aku, Mina, Su, Soon dan Nad.
-------------------------------------------------------------
Ni aku posing sorg2 kt akar kayu yg pd aku nmpk ada value, unik.
---------------------------------------------------------------------

Cuba teka kaki siapa?
---------------------------------------------------------------
gmbr2 d bwh ni aku amik masa kami buat lawatan ke negeri Sarawak. Sengaja aku pilih gmbr yg takde org, sbb kononnya, gmbr2 ni ada nilai estetikanya.



----------------------------------------------------------

Ni msh menggunakan kamera yg sama, casio. Ni faiq masa ni br 4bln. baby lagi. geramnya tgk faiq masa ni.
--------------------------------------------------------------

Skrg, aku dah tukar kamera, sbb Casio aku tu rosak. Abis semua gmbr jd biru. org kedai kata nak baiki RM300. Baik beli kamera baru. aku pun beli Olympus mju 820. Hasilnya? akan dtg la aku publish, sbb aku dah tak larat dah ni. skrg pun dah dkt kul3pg. lagi 4mnt kul3pg. belikat aku pun dah skt.
Asta La Vista...

Saturday, August 15, 2009

Speaking London? Yes No Orait (All right) Tengkiu (Thank You)

My previous entries were 99% in Malay. I might have been unfair to my fellow friends who doesn't speak or read Malay (yeah, like they do read my blog, whatever). so today, i decided to write something in English, a language that i used to love to use but unfortunately rarely use in my daily life nowadays. Ironically, i'm an English teacher! why so? Because, for the past 3 years, i've been teaching English in Malay. How?? It's my last resort, to make them (my students) understand, and become interested to learn English, a language which is not their mother tongue, a language that for them is hard to understand.
-----------------------------
My students aren't those who speak english in their daily life, does not read english unless they are forced to or have to. Unbelievably, they even willing to restrain from going to the toilet during English class, just because they refuse to speak in English to ask permission to go out. Walhal, ayat tu ayat yang sama deme guna sejak drjh 1 lg: Please teacher may i go out. Nak sebut ayat 6 perkataan ni pun sampai ketar lutut, sanggup tahan kencing dr gi toilet. Haiii...
------------------------------
Now, English teacher might worried with what the goverment might come up with, as the result of the recent Pemansuhan PPSMI. They already started debating and brainstorming on PBI (Pengajaran Bahasa Inggeris). Yes! All English teachers, we are in trouble...huhuhuu..
-------------------------------
I used to work in a private sector, where English is the medium of communication. Everyone around me speak english. Most of them are foreigners. Alhamdulillah, because of that my English is much betterr ( or 'was' much better). But then, it is also because English was one of my favourite subject. I always scored A1 for English. Back In SM Sains Selangor, I was in Set 1 (Top Class for English; Add Math Set 2) out of 7 sets if i'm not mistaken.
-------------------------------
For me, the young generation should be very thankful because they are surrounded with all the resources that they need to learn English and to improve English. But, the problem is, they do not use all the resources that they have to learn or to improve their English proficiency.
Allah telah berfirman, yang lebih kurang bunyinya; Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum tu, kecuali mereka ingin merubah nasib mereka sendiri.
-----------------------------
Wallahua'lam bis sawab..
----------------------------

Friday, August 14, 2009

Usai sudah



Alhamdulillah... usai sudah tugasan aku memasukkan data bagi SSQS yang aku ceritakan kelmarin. Setelah berhempas pulas sepanjang sore causing me backache and stiff shoulder, akhirnya selesai juga akhirnya. Mlm ni bolehla berehat-rehat menonton televisyen. Ada cerita best ke mlm ni?




**Flashback**


Awal pagi td aku bergegas ke SMK Sura untuk menghabiskan satu slot lagi tutorial SPM daerah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada beberapa pelajar tidak dapat hadir. Dalam situasi sekarang di mana wabak H1N1 sedang melanda, sedikit kegusaran menyapa melihatkan ketidakhadiran pelajar-pelajar tersebut kemungkinan besar kerana masalah kesihatan. Malah lagi menggusarkan pelajar yang hadir pun ada juga yang kurang sihat sehinnga mata pun jelas nampak kemerah-merahan dan pelajar tersebut sering gelisah menyapu hidung yang dilanda selsema (salah satu simptom H1N1).




Lalu, bagi melunaskan nawaitu hati yang kelmarin tidak kesampaian, aku meminta salah seorang pelajar tersebut untuk mengambil bekas air 2 gelen yang berisi air bio aura dan telah dibacakan surah yassin khamis lalu. setibanya air tersebut aku maklumkan kepada pelajar bahawa hari ini aku membawa sedikit hadiah kepada mereka iaitu air yassin sebagai satu asbab bagi membantu mereka belajar seharian. Semoga Allah mengurniakan hati yang cerah dan minda yang cerdas buat mereka menuntut ilmu.




Tidak lupa, aku jelaskan signifikan air dalam kehidupan terutama sekali kepada pelajar semasa menuntut ilmu. kukongsikan dengan mereka beberapa petua cara belajar yang berkesan termasuklah salah satunya dengan banyak meminum air.




tiba-tiba aku rasa bosan dengan penulisan ni, kenapa skema sangat ni? kenapa serius sgt ni? padahal dah tau sesiapa pun pasti bosan klu membaca artikel terlalu panjang. hhmm..baik aku selitkan gmbr skit. jap ye..


laa..kt atas nu rupanya dia ltk gmbr. gmbr tu aku amik kt laman rmh mak mertua aku. itu salah satu hobi aku. Fotografi. Aku ada cita-cita dlm fotografi tp masih belum mampu nak aku jayakan cita-cita tu. Aku ni too many things to do but too little time..haah eh, bila aku nak buat posting in English plak? hmm..pasti akan ada suatu hari nnt. psl fotografi tu pun nnt la aku buat posting lain.


alamak, hubby aku dah siap mandikan putera hatiku, Faiq. oklah chow dulu la. nak g melayan anak pakai baju sat. adios..

berkulat dah blog ni...

Subhanallah...
last time aku menulis di sini pada 13.03.2008. Hari ni dah 13.08.2009 dah lebih setahun kubiarkan blogku ini berkulat..basi..terbiar kaku.

Apa cerita? entahlah..bila aku lawati blog orang lain keinginan untuk turut sama menulis seperti orang lain teruja..tapi macam-macam alasan aku berikan pada diri aku sendiri...
tiada masa lah...
tak ingat passwordlah..
tak ingat url blog sendiri..
nama blog sendiri pun aku tak ingat juga..
tahu-tahu rupa-rupanya dah 2 blog aku created but deserted at the end..
entahlah..

tengok blog orang lain nampak menarik je.. blog aku apa yang ada?
sudahla..aku yang menulis aku sendiri baca..
ada ke kawan-kawan nak baca blog aku?
siapa? macamana kawan-kawan nak tahu aku pun ada blog?
tahu-tahu berkulat lagi blog aku ni...