Showing posts with label kecikguan. Show all posts
Showing posts with label kecikguan. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Kes Polis...

Hari Ahad lps, aku drive blk rmh dlm keadaan yg sgt letih..berapa kali tersengguk-sengguk bawa kereta. Nasib tak terbabas. Kes nya..bukan kes remeh tapi kes polis tau...
--------------------------------
Begini kisahnya...
(ada beberapa dialog dlm slang tempatan di mana senario tersebut berlaku: dungun, tganu)
----------------
Alkisah aku didatangi seorang pelajar perempuan tingkatan 5, Minah (bukan nama sebenar) yang mengadu rakannya kena baham (baca: pukul, slang tganu). Aku tengok di sebelahnya ada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan 5 Munah (nama samaran)sedang menangis teresak-esak.
---------------------
Munah dipukul oleh seorang lelaki luar, Dolah, yg juga bekas pljr SMKKN (telah dibuang sekolah masa dia tingkatan dua, sekarang dia tingkatan 4 sepatutnya kalau dia sekolah, tp dia dah tak sekolah). Kenapa kena pukul? sbb Dolah dapat aduan dr adik dia, Milah (juga bukan nama sebenar) yg munah ajak dia gochoh (baca: gaduh, slang tganu lg). Knape gochoh? sbb kes remeh je. Kerana pedasnya perkataan "kelebet"(baca: membelek slang tganu gak). Kisahnya si Munah masa tu dlm tandas, dtg si Milah ni. Masuk2 je bising sbb si Munah ni lama dlm tandas tak keluar2, dia pun keluarkan ayat " duk kelebet mende tau, lama sangat dlm jamban". Keluar si Munah ni, terus dia tanya la ke Milah ni "Mende mu kate? Mu doh puah hati mende aku duk lame dlm jamban pung?". itulah kisahnya yg arakian menyebabkan abg kepada si Milah tadi ni, Dolah, yang telah di buang sekolah masuk ke kawasan sekolah lalu memukul si Munah.
--------------------------
Oleh kerana, pukulan si Dolah menyebabkan kecederaan, setelah dirujuk kepada pengetua, arakian terpaksalah saya menguruskan kes pljar ini untuk dilaporkan kepada pihak polis.
--------------------------
Alkisah, nak buat laporan polis punya pasal, dr sek ke pusat kesihatan Paka, dia kata tak boleh buat sbb doktor takde, dirujuk ke Hospital Besar Dungun, Doktor kata tak boleh buat, kena buat laporan polis. dulu Gi balai polis, dah buat laporan tp laporan dikira tak lengkap lg sbb belum ada laporan doktor, kena gi hospital balik. Lps selesai check doktor, gi amik ubat kat farmasi, pastu kena gi balik kat balai Polis untuk buat laporan penuh. Aku ni dengan belum makan tengahrinya dengan belum solat zuhurnya, letih memang tak terkira la, kehulu kehilir dr pagi. Aku pun menyelit jap masa Sarjan tu tgh soal siasat si Munah, aku gi makan di kantin dan solat jga di kantin. (terima ksh di ucapkan kpd pengusaha kantin yang meminjamkan telekung kpd sy).
-------------------------------
Selesai laporan polis, kira settle laporan tp tugas tak settle lagi. Kena hantar Si Munah ni balik rumah dia nun jauh ke dalam di Kampung Durian Mentangau. Sampai kampung dia ingatkan kita yang bersusah payah untuk anak dia ni akan disambut sekurang-kurangnya minum teh o kira ok dah, tapi rupa-rupanya disambut dengan sindiran, bukan mak ayah dia, jiran dia, "doh guane orang luor boleh masuk kawasan sekolah?" yang seolah-olah mempertikaikan macamana cikgu buat kerja. Malas nak panjang cerita, setelah dimaklumkan kecedaraan si Munah tak seberapa, kami pun beredar.
----------------------
Sebab tu la ptg Ahad tu saya balik dlm keadaan yang terlalu letih dan memandu dlm keadaan yang sangat mengantuk.
------------------------------------------
Tp semua ini saya lakukan kerana ksh, kerana syg, kerana Allah; Lillahi Ta'ala

Thursday, August 20, 2009

Alahai H1N1...

slm,

Wabak H1N1 melanda dungun. Banyak sekolah yang telah dan sedang ditutup. Alhmdulillah SMKKN setakat ini msh selamat. Beberapa orang telah di wadkan kerana demam tinggi, beberapa org lagi telah dikuarantin, ramai yang terpaksa tidak boleh hadir ke sekolah kerana demam, khuatir memudaratkan yang lainnya. Ada juga pelajar yg berkeras mahu hadir ke sekolah kerana risau ketinggalan (atau sbnrnya dia dah bosan duk rmh).

Mana-mana pljr aku yg tak dpt hadir ke sekolah, tp aku tahu hati meraka meronta ingin ke sekolah, aku kirimkan melalui adik-adik mereka kerja-kerja sekolah subjek Bahasa Inggeris utk dihadap. Tanda bhw hati cikgu ini ingat, ksh dan syg pd anak didiknya.

alhamdulillah, ksh ku dikembalikan dgn kiriman rindu mlalui sms dan slm ksh mlalui teman-teman yang menyampaikan..

Teacher doakan, anak-anak teacher cepat sembuh dan dpt kembali bljr seperti biasa.

Amiin..

Apa Nak Jadi?

Hai...Apa Nak jadi dengan senario pendidikan sekarang? Apa nak jadi dengan institusi sekolah , sekarang?

Alkisah...aku bukan guru bertugas minggu ni..aku baru je bertugas minggu sudah. Arakian begitu, aku masih lg tetap sesibuk guru bertugas (itu biasa), dek kerana keakraban dan keintiman ku dengan pelajar bukan pada tahap biasa. Dan aku tidak memilih bulu, bukan sekadar pelajar yang baik budi sahaja yang rapat dengan ku, malah pelajar sekolahku yang mungkin pada guru-guru lain yang paling hantu pun datang padaku untuk mengadu.

Alkisah...aku sering sibuk dihujani pelbagai jenis masalah dan keluh rasa, yang kadangnya memaksa aku kehulu dan kehilir mencari jalan penyelesaian. aku tak betah duduk saje. Buat tak tahu dan tidak ambil peduli bukan caraku. Tapi itu pokok punca, menjadikan aku sering sibuk tak kira masa. Arakian kerana, sibuk menggali tanah orang sentiasa, sedang tanah sendiri kadang sering tak terbela.

Alkisah...bulan sudah, kelihatan salah seorang pljr dipanggil GPK HEM disoal siasat, diterjah. The accusation was rather a bit harsh and the approach taken by the GPK HEM was a bit provocative. She wasn't asking whether pljr tu ada melakukan kesalahan mengkhianati motor kawannya, but instead she said that she saw him, doing something bad to someone's motorcycle. Unaware, of what kind of kerja khianat he had done, as what accused by the GPK HEM, he denied that he was involved. But his denial wasn't accepted by her. He was dismissed but left labelled quilty as charged and guilty until proven otherwise.

Dek kerana kesal kata-katanya tidak diterima, pljr td gi cari pihak pengadu untuk bertanyakan perkara sebenar. Tp biasalah remaja tgh mrh, br lps dituduh buat pkr yg dia tak buat dia bkn tanya baik2, si pihak pengadu pun jenis mulut laser gak. mcm api disimbah petrol lah jadinya. situasi menjadi tegang dan berlakulah sessi tonyoh mentonyoh. at the end of the story bdk lelaki tu skrg sedang menanti keputusan hukuman samada digantung atau dibuang sekolah kerana physical contact.

Yang aku ralatnya, dia slh seorang pljr yg pada aku berpotensi utk jd lebih baik, secara akademik mahupun peribadi. Mungkin aku tak tahu kisah lampau dia sbb aku br bertukar di sek ni, tp stkt yg aku kenal aku tahu dia telah bnyk mengalami proses perkembangan yang lbh positif. Mungkin pd org dia hantu atau tolol tp pd aku dia seorang insan, remaja yg boleh dibentuk utj jd insan yg lebih baik. jika sebelum ini dia seorang perokok tegar di sekolah alhamdulilah skrg dah msk 2minggu dia dah tak merokok, di sek atau di luar. apa yg aku percaya, apa yg pljr perlukan ialah dorongan, kasih sayang dan perhatian. ya, aku mmg syg pljr ni dan juga pljr2 aku yg lainnya. semua aku sayang. dan aku tahu ksh syg aku membuatkan aku lbh susah. kerja lbh bnyk, bnyk mkn masa aku, aku peduli apa, yg aku tahu, ksh syg aku juga blh menjadikan hantu jd org. dan sbgi cikgu aku nak jd kan anak murid aku org. (org=insan=manusia. bkn hantu bkn binatang)

dan semua yang aku buat. Lillahi Ta'ala.

Friday, August 14, 2009

Usai sudah



Alhamdulillah... usai sudah tugasan aku memasukkan data bagi SSQS yang aku ceritakan kelmarin. Setelah berhempas pulas sepanjang sore causing me backache and stiff shoulder, akhirnya selesai juga akhirnya. Mlm ni bolehla berehat-rehat menonton televisyen. Ada cerita best ke mlm ni?




**Flashback**


Awal pagi td aku bergegas ke SMK Sura untuk menghabiskan satu slot lagi tutorial SPM daerah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada beberapa pelajar tidak dapat hadir. Dalam situasi sekarang di mana wabak H1N1 sedang melanda, sedikit kegusaran menyapa melihatkan ketidakhadiran pelajar-pelajar tersebut kemungkinan besar kerana masalah kesihatan. Malah lagi menggusarkan pelajar yang hadir pun ada juga yang kurang sihat sehinnga mata pun jelas nampak kemerah-merahan dan pelajar tersebut sering gelisah menyapu hidung yang dilanda selsema (salah satu simptom H1N1).




Lalu, bagi melunaskan nawaitu hati yang kelmarin tidak kesampaian, aku meminta salah seorang pelajar tersebut untuk mengambil bekas air 2 gelen yang berisi air bio aura dan telah dibacakan surah yassin khamis lalu. setibanya air tersebut aku maklumkan kepada pelajar bahawa hari ini aku membawa sedikit hadiah kepada mereka iaitu air yassin sebagai satu asbab bagi membantu mereka belajar seharian. Semoga Allah mengurniakan hati yang cerah dan minda yang cerdas buat mereka menuntut ilmu.




Tidak lupa, aku jelaskan signifikan air dalam kehidupan terutama sekali kepada pelajar semasa menuntut ilmu. kukongsikan dengan mereka beberapa petua cara belajar yang berkesan termasuklah salah satunya dengan banyak meminum air.




tiba-tiba aku rasa bosan dengan penulisan ni, kenapa skema sangat ni? kenapa serius sgt ni? padahal dah tau sesiapa pun pasti bosan klu membaca artikel terlalu panjang. hhmm..baik aku selitkan gmbr skit. jap ye..


laa..kt atas nu rupanya dia ltk gmbr. gmbr tu aku amik kt laman rmh mak mertua aku. itu salah satu hobi aku. Fotografi. Aku ada cita-cita dlm fotografi tp masih belum mampu nak aku jayakan cita-cita tu. Aku ni too many things to do but too little time..haah eh, bila aku nak buat posting in English plak? hmm..pasti akan ada suatu hari nnt. psl fotografi tu pun nnt la aku buat posting lain.


alamak, hubby aku dah siap mandikan putera hatiku, Faiq. oklah chow dulu la. nak g melayan anak pakai baju sat. adios..

Smart School Qualification Standard - SSQS

Sakit dah rasanya tulang belikat aku ni...
gara-gara konon-kononnya sibuk nak siapkan SSQS ni walhal berapa peratus sgt concentration aku terhadap SSQS..sedangkan yang selebihnya aku duk sibuk melayan fb dan update blog ni. jgn tak percaya dah setahun lebih rupa-rupanya since the last posting..

sekarang dah 2.16am. aku msh mengadap laptop aku ni. kononnya tgh buat SSQS. Borang SSQS yang perlu aku key in berlambak-lambak lagi. tulang belikat dah mula perit, tandanya aku harus sedar yang aky perlu tidur dan berehat. esok aku perlu berkhidmat untuk kemajuan anak bangsa aku lagi. Esok aku perlu teruskan khidmat aku untuk Tutorial SPM daerah Dungun. Aku mengajar di SMK Kampung Nyiur, tapi untuk program ni aku dihantar untuk mengajar di SMK Sura. Sekolah yang sangat-sangat berangin kerana kedudukannya betul-betul di tepian pantai.

SSQS ni esok dateline nya. Seharusnya mlm ni nawaitu aku berjaga malam adalah untuk siapkan SSQS tapi SSQS entah kemana, tahu-tahu aku melayan blog aku yg basi ni.

Lantaklah...