Salam,
Ampun dipinta kerana kemalasan melanda, arakian lewat pula nak sambung siri ke3 Teristimewa But Bakal Ibu Dan Bakal Bapa.
Alkisah nak dijadikan cerita, anaknda sulung tercinta dilanda derita, ulcer di mulut melanda pula, masuk hari ini hari ke3. Lantas, masa dan kedarat dicurah sepenuhnya, melayan adu domba si pengarang jantung yang sedang hiba.
Hati ibu mana tidak luluh mendengarkan rengek rintih sang anak yang acapkali mengadu sakit. Mana tidaknya, sedangkan kita yang dewasa andai ada hanya satu ulcer di mulut pun sudah terasa pedihnya, hilang pula selera kerana makan tidak lagi selesa.
Apatah lagi, Muhammad Firas Faiq yang belum lagi genap 3 tahun usianya. Ulcernya penuh sekeliling lidah dan gusi, merata riti di sana sini. Lapar dan dahaga tetap dia terasa, tapi kala makanan dan susu disua, pasti raungan sakit yang kedengaran bersama lelehan airmata.
Nasihat sahabat handai telah ku pinta. Meminta pendapat dan jua petua. Sekalung penghargaan buat mereka, yang telah sudi berkongsi pengalaman dan petua.
Kelmarin ibu bercuti menemankan Faiq berkongsi derita, kerana ibu pun masih sama, seksa alahan mengandung yang belum reda. Hari ini ibu dan ayah sama-sama, bercuti untuk pergi mengembara, menemankan Faiq ke Manir, Kuala Terengganu untuk mencari penawar derita.
Ke hadrat Allah Yang Maha Esa, Ehsan ku pinta di dalam doa,
Kurniakan nikmat kesihatan buat kami semua.
3 comments:
salam kak!
inspired by ur passion and courage..semangat nak balik perlis dan masuk kelas gaya ala-ala gto neh!
salam,
thanks!
GTO tu episod kegemaran suami tcintaku cg Fazri.
kamabate! jd la cikgu yg sentiasa bsemangat
adu domba? adu domda tu bukan sesuatu yg dok baik ke? mcm mengapi-apikan sesorang hehe..
Post a Comment