Friday, August 21, 2009

Kes Polis...

Hari Ahad lps, aku drive blk rmh dlm keadaan yg sgt letih..berapa kali tersengguk-sengguk bawa kereta. Nasib tak terbabas. Kes nya..bukan kes remeh tapi kes polis tau...
--------------------------------
Begini kisahnya...
(ada beberapa dialog dlm slang tempatan di mana senario tersebut berlaku: dungun, tganu)
----------------
Alkisah aku didatangi seorang pelajar perempuan tingkatan 5, Minah (bukan nama sebenar) yang mengadu rakannya kena baham (baca: pukul, slang tganu). Aku tengok di sebelahnya ada seorang lagi pelajar perempuan tingkatan 5 Munah (nama samaran)sedang menangis teresak-esak.
---------------------
Munah dipukul oleh seorang lelaki luar, Dolah, yg juga bekas pljr SMKKN (telah dibuang sekolah masa dia tingkatan dua, sekarang dia tingkatan 4 sepatutnya kalau dia sekolah, tp dia dah tak sekolah). Kenapa kena pukul? sbb Dolah dapat aduan dr adik dia, Milah (juga bukan nama sebenar) yg munah ajak dia gochoh (baca: gaduh, slang tganu lg). Knape gochoh? sbb kes remeh je. Kerana pedasnya perkataan "kelebet"(baca: membelek slang tganu gak). Kisahnya si Munah masa tu dlm tandas, dtg si Milah ni. Masuk2 je bising sbb si Munah ni lama dlm tandas tak keluar2, dia pun keluarkan ayat " duk kelebet mende tau, lama sangat dlm jamban". Keluar si Munah ni, terus dia tanya la ke Milah ni "Mende mu kate? Mu doh puah hati mende aku duk lame dlm jamban pung?". itulah kisahnya yg arakian menyebabkan abg kepada si Milah tadi ni, Dolah, yang telah di buang sekolah masuk ke kawasan sekolah lalu memukul si Munah.
--------------------------
Oleh kerana, pukulan si Dolah menyebabkan kecederaan, setelah dirujuk kepada pengetua, arakian terpaksalah saya menguruskan kes pljar ini untuk dilaporkan kepada pihak polis.
--------------------------
Alkisah, nak buat laporan polis punya pasal, dr sek ke pusat kesihatan Paka, dia kata tak boleh buat sbb doktor takde, dirujuk ke Hospital Besar Dungun, Doktor kata tak boleh buat, kena buat laporan polis. dulu Gi balai polis, dah buat laporan tp laporan dikira tak lengkap lg sbb belum ada laporan doktor, kena gi hospital balik. Lps selesai check doktor, gi amik ubat kat farmasi, pastu kena gi balik kat balai Polis untuk buat laporan penuh. Aku ni dengan belum makan tengahrinya dengan belum solat zuhurnya, letih memang tak terkira la, kehulu kehilir dr pagi. Aku pun menyelit jap masa Sarjan tu tgh soal siasat si Munah, aku gi makan di kantin dan solat jga di kantin. (terima ksh di ucapkan kpd pengusaha kantin yang meminjamkan telekung kpd sy).
-------------------------------
Selesai laporan polis, kira settle laporan tp tugas tak settle lagi. Kena hantar Si Munah ni balik rumah dia nun jauh ke dalam di Kampung Durian Mentangau. Sampai kampung dia ingatkan kita yang bersusah payah untuk anak dia ni akan disambut sekurang-kurangnya minum teh o kira ok dah, tapi rupa-rupanya disambut dengan sindiran, bukan mak ayah dia, jiran dia, "doh guane orang luor boleh masuk kawasan sekolah?" yang seolah-olah mempertikaikan macamana cikgu buat kerja. Malas nak panjang cerita, setelah dimaklumkan kecedaraan si Munah tak seberapa, kami pun beredar.
----------------------
Sebab tu la ptg Ahad tu saya balik dlm keadaan yang terlalu letih dan memandu dlm keadaan yang sangat mengantuk.
------------------------------------------
Tp semua ini saya lakukan kerana ksh, kerana syg, kerana Allah; Lillahi Ta'ala

No comments: