Sakit dah rasanya tulang belikat aku ni...
gara-gara konon-kononnya sibuk nak siapkan SSQS ni walhal berapa peratus sgt concentration aku terhadap SSQS..sedangkan yang selebihnya aku duk sibuk melayan fb dan update blog ni. jgn tak percaya dah setahun lebih rupa-rupanya since the last posting..
sekarang dah 2.16am. aku msh mengadap laptop aku ni. kononnya tgh buat SSQS. Borang SSQS yang perlu aku key in berlambak-lambak lagi. tulang belikat dah mula perit, tandanya aku harus sedar yang aky perlu tidur dan berehat. esok aku perlu berkhidmat untuk kemajuan anak bangsa aku lagi. Esok aku perlu teruskan khidmat aku untuk Tutorial SPM daerah Dungun. Aku mengajar di SMK Kampung Nyiur, tapi untuk program ni aku dihantar untuk mengajar di SMK Sura. Sekolah yang sangat-sangat berangin kerana kedudukannya betul-betul di tepian pantai.
SSQS ni esok dateline nya. Seharusnya mlm ni nawaitu aku berjaga malam adalah untuk siapkan SSQS tapi SSQS entah kemana, tahu-tahu aku melayan blog aku yg basi ni.
Lantaklah...
No comments:
Post a Comment