Alhamdulillah... usai sudah tugasan aku memasukkan data bagi SSQS yang aku ceritakan kelmarin. Setelah berhempas pulas sepanjang sore causing me backache and stiff shoulder, akhirnya selesai juga akhirnya. Mlm ni bolehla berehat-rehat menonton televisyen. Ada cerita best ke mlm ni?
**Flashback**
Awal pagi td aku bergegas ke SMK Sura untuk menghabiskan satu slot lagi tutorial SPM daerah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Ada beberapa pelajar tidak dapat hadir. Dalam situasi sekarang di mana wabak H1N1 sedang melanda, sedikit kegusaran menyapa melihatkan ketidakhadiran pelajar-pelajar tersebut kemungkinan besar kerana masalah kesihatan. Malah lagi menggusarkan pelajar yang hadir pun ada juga yang kurang sihat sehinnga mata pun jelas nampak kemerah-merahan dan pelajar tersebut sering gelisah menyapu hidung yang dilanda selsema (salah satu simptom H1N1).
Lalu, bagi melunaskan nawaitu hati yang kelmarin tidak kesampaian, aku meminta salah seorang pelajar tersebut untuk mengambil bekas air 2 gelen yang berisi air bio aura dan telah dibacakan surah yassin khamis lalu. setibanya air tersebut aku maklumkan kepada pelajar bahawa hari ini aku membawa sedikit hadiah kepada mereka iaitu air yassin sebagai satu asbab bagi membantu mereka belajar seharian. Semoga Allah mengurniakan hati yang cerah dan minda yang cerdas buat mereka menuntut ilmu.
Tidak lupa, aku jelaskan signifikan air dalam kehidupan terutama sekali kepada pelajar semasa menuntut ilmu. kukongsikan dengan mereka beberapa petua cara belajar yang berkesan termasuklah salah satunya dengan banyak meminum air.
tiba-tiba aku rasa bosan dengan penulisan ni, kenapa skema sangat ni? kenapa serius sgt ni? padahal dah tau sesiapa pun pasti bosan klu membaca artikel terlalu panjang. hhmm..baik aku selitkan gmbr skit. jap ye..
laa..kt atas nu rupanya dia ltk gmbr. gmbr tu aku amik kt laman rmh mak mertua aku. itu salah satu hobi aku. Fotografi. Aku ada cita-cita dlm fotografi tp masih belum mampu nak aku jayakan cita-cita tu. Aku ni too many things to do but too little time..haah eh, bila aku nak buat posting in English plak? hmm..pasti akan ada suatu hari nnt. psl fotografi tu pun nnt la aku buat posting lain.
alamak, hubby aku dah siap mandikan putera hatiku, Faiq. oklah chow dulu la. nak g melayan anak pakai baju sat. adios..
2 comments:
nice
shukriah..
did u understand what i wrote? my posting were 99% in Malay.
Post a Comment